3 hari menghilang ! Saya lari dari rumah !
POSTED ON Sunday, March 27 AT 12:23 \\
I tak ikut jantan okey ? I ikut pelajar lelaki aje haha :D
Motif pengikutan ? Participated First Aid & Nursing St.John Ambulans Malaysia Camp :p
Ganjaran ke sana ? 4 Sijil ! Ohyeahh.. Pengalaman dan erti kehidupan

Sekarang i lebih tahu apa itu HIDUP :D Cehwahhh... Walaupun tak pro lagi tapi hello.. 
I pergi peringkat negeri tau haha
Jom cop kem ini dengan cap the end

Kalau tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya,kalau tidak berkayuh sampan manakan dapat kita ke hulu.
Kontijen SJAM sekolah I tidak dapat melakukan banyak latihan,jadi syukur alhumdulillah dapat kerana menempuh pelbagai dugaan bersama-sama :)
Kak Jo,Pia,Mekti,Soyah&I(Am)

Khemah kami dimasuki air kerana hujan yang lebat selebat lebat bulu di kaki anda haha
Kebanyakan khemah lah.Beg-beg pun basah kuyup.

Kami cuba membaikpulih khemah dengan menggali saliran tapi dah terlambat haha
Sediakan payung selepas hujan.Yea.. tidak berguna lagi ahah
Kami semua berhujanan memindahkan barang ke dorm.Tidur sahaja di dorm.Dahlah selesa.Tak basah pulak tu ahhaahha
Aktiviti di sana ? Kawad kaki,Nursing dan Short Case(First aid)
I thought bahagian Nursing aje kitaorang betul2 komited :D haha
Overall walaupun berhujanan,berbasah kekuyupan,berpanasan utk kawad,letih,stress tapi best

p/s: merindui saat2 disuruh berkawad,saat2 mandi ramai2,saat solat berjemaah :(
Kontijen SJAM panglima raja (sek-sek kito haha) terpilih menyertai SJAM Kelantan ke peringkat Kebangsaan.Tahniah sek-sek kito : D 

Essays
POSTED ON Wednesday, March 16 AT 14:08 \\

Working hard !
Look at the picture.Does it looks so "ready"?
Haha..Memang lah wei.Dengan ikatan 'clean' dan 'high' ala-ala sumo dan minah jepun
I am ready to fight with essays.
28 copies English essays,10 copies Malay essays
Total essays need to be on the desk this Sunday : 38 essays !
Hello !! Nak mesin pencetak yang boleh copy tulisan I boleh tak ?
I taknak jari kontot I sakit haha...
Jari manis I dah bengkak tau ! Ada macam benjol yang gemuk-gemuk tu kat tepi jari.
Kesian dia tau !
Sempat tak ye kalau nak copy 38 essays?
Kalau jari manis I masuk ICU macam mana ye ?
Macam mana kalau jari manis makin benjol dan meletup ?
Macam mana itu?
Macam mana ini ?
Okey sudahlah..Buat aje essays tu.Siap tak siap belakang kira.
Jangan jadi macam sebelum ni.Bila cikgu tanya mana essay.
I pun jawab "Hah sudoh !! Tok bowok cikgu !!" Haha
Damn !! Buat muka mengamuk sebab kecewa dengan kelalaian sendiri.
At last,tak hantar jugak haha :D
Pelik kan ? Aishhh sudah sudahlah..

p/s: pen takde dakwat.nak ke stationary store.beli satu paket pen dan pemadam dan pembaris dan liquid paper dan notebook dan..ahhh sudahlah ! Haha

Air putih !
POSTED ON Tuesday, March 15 AT 20:55 \\
Saya mula menghargai air putih sekarang.
Bukan keputihan tapi air minuman.Okey lah air mineral,air masak.Tahu ?
Susah jugak jadi manusia yang urban kan ? Air putih pun keliru. 
"Bak sini air putih tu !" ujar pak long
"Mana?" balas si budak dengan muka menyakitkan hati
"Situ lah bangang !" pak long cakap sambil tunjuk-tunjuk atas meja.
"Lah,air mineral ke ? Saya ingatkan susu ke apa paklong.Cakaplah air mineral.Adoii"
"Kau tu bangang !!" paklong mendengus 

Dialog di atas tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang hendak dikatakan.Auta sesungguhnya haha
Mustahil la manusia-manusia yang hidup kat Malaysia dan mana-mana sahaja,pernah bercakap Bahasa Melayu tak tahu apa itu air putih.Teruk benar kalau tak tahu.

Air putih ! Banyak faedah ! I bet semua orang tahu apa khasiatnya.
Melancarkan peredaran darah,mencantikkan kulit,menghilangkan dahaga dan banyak lagi
Kita disarankan minum 8-10 gelas air putih setiap hari.
Tapi ...Kita minum ke tak ?
 Haha I believe ramai yang tak minum sampai 8 gelas.Paling banyak satu botol air mineral beli dekat kooperasi sekolah sahaja kan ?
Ala taknak lah mengumpat orang jauh-jauh.Kita cari contoh yang paling dekat.Kita sendiri !
Hah ? Taknak ek ? Okeylah..I lah jadi contoh ! Puas hati ?
Kenapa? Ada masalah ke ? Hah? Apa? 
Okey sudahlah..Aku terima nikahnya.Haha
(Balik ke bumi semula ye.Jangan over haha)

I sejujurnya ditambah hati yang luhur,nurani yang tulus tak suka sangat-sangat minum air putih
Sebab...
Tak sedap lah.Tak ada perisa macam Ribena,Pepsi,Sirap
Tak ada rasa.(Tasteless) Tak manis macam air gula haha
Tak ada warna.(Colourless)Tak menarik nak teguk !
Kenapa lah agaknya I cerewet sangat ? Buta dalam celik,pekak dalam dengar.

Air putih ni sebenarnya sedap jugak haha.Bila dah minum tiap-tiap hari tak ada lah jadi cerewet macam I.
Kesedaran datang apabila I ada masalah apabila urinating.
Causing the urine turns to red.Okeylah.. kencing berdarah.
Serius lah wei I takut.Nangis-nangis macam budak-budak.Nyaris-nyaris nak pengsan tengok darah
Lepas tu terus I minum air putih.
Tak lama lepas itu,it turns to colourless.
Terima kasih wahai Encik Air Putih sebab bersihkan urine I.haha
Berhutang urine dengan anda ! Haha :D 
(Okey sarkastik kau bila cakap macam ini.Loya mak kau)

p/s:entri ini mungkin tidak sesuai bagi anda yang mempunyai masalah dengan darah
untuk golongan ini,sila jangan take course medic.Sangat merbahaya.



E-z Day 3
POSTED ON Monday, March 14 AT 15:15 \\
E-Z maths dah tamat ! Jom cop The end


"Kan aku dah cakap kalau cap the end tu mesti best punya !" Haha inilah akibat kalau tidur dalam kelas Bahasa Inggeris..Perghh ! Sedih mak kau :D

Overall memang best ! Tapi tak sempat nak snap gambar kawan seangkatan UPSR dulu haha 
Diorang semua nya sombong. Bukan nak cuit pun bahu I yang kiut ni.Stop jangan perasan kan nanti hidung jadi panjang macam tabung uji.Tak tahu ke apa itu tabung uji ? Ala test tube.Sekarang dah faham ? Err sengal betul,aku tahu la semua study sekarang dalam English.Hampeh aje.Aku pun tahu cakap omputeh la.Tak payah nak berlagak haha :p

Apa yang dipelajari sepanjang 3 hari ?
Semua bab form 4 kalau tak silap,except Solution of Triangle.
(Kelihatan dengan jelas bahawa saya ini cepat lupa Haha..Demm buat malu sahaja)

p/s : I akan cari Fb bebudak sombong yang taknak tegur I tu.
Better watch out haha 
I kirim surat berantai dan berdarah..haha..
Sila takut !!



E-Z Maths Day 1
POSTED ON Saturday, March 12 AT 20:52 \\
I ke falahiah.Belajar sambil melawat :D Haha
I bangga tau dapat menjejakkan kaki ke sekolah kaum adam yakni kaum lelaki SAHAJA !
Sempat juga I tengok salah seorang pelajar kat sana tukar spender dalam tandas .. Oh My Gucci !! 
Okey,I auta sahaja.Siapa percaya sah-sah mental tahap cipan.Tak ada makna dan faedah pun kalau dapat intai laki tukar spender.Hello..Lain lah kalau laki tengok perempuan tukar spender kan ? Haha..
Jangan bayangkan !! Bahaya untuk bot-bot kecil !
Actually kan,I ke sana sebab ada Kem E-Z Maths.
Kem ni best la jugak ! Eventhough,some of the method that i've learned today a little bit different than what i'd learnt at school tapi okeylah.It gained my knowledge apa?

Si penceramah suka sangat mengutuk student perempuan tapi takpa.Best jugak ! Haha bukan semua orang dare to bully girls haha 
Di kem,I jumpa ramai kawan-kawan lama.Satu sekolah waktu sekolah rendah.Semua dah besar-besar macam suami dan bini orang haha..
Insyaallah I akan snap some picture then upload it into my this blog.

p/s: 2 more days for E-Z Maths.Patience is the key to succes. :D 






Cutting my own arteries .. Gosh !
POSTED ON Sunday, March 6 AT 21:58 \\
I should be on my desk and studying right now but when i was thinking about my chemistry module
all my mood was spoiled.Damn !
It might be my mistake for being too senile ! I forgot whether I brought it home or it was on my desk at school. a
Cari buku itu up and down ! Gosh... still si buku bersembunyi !
Other alternative :
Referred to handouts and exercise given by umi.It quite working but still not completed my revision.
All the notes I wrote in my module and now it's gone.
Pity myself (nobody wants to help me la I guess)

Solution : Form 5 (2 Chapter) was done ! :D At least,my paper sheets will not empty for every sheets.Haha 
Complication : Probably being scolded because get a low grade.Cannot reach the targets.Hello..! My module is missing and still missing.Okey..it is not the end of the world okey..


monthly archives