Selamat Hari Kemerdekaan 55 Tahun.
POSTED ON Friday, August 31 AT 11:21 \\
Layaknya di sini aku hanya berdiam diri. Yang di hadapan mata mahupun jauh dari pandangan aku rasa ada yang berbeza. Layaknya aku terus berdiam diri. Lihat apa yang bakal jadi.
Aku malu dengan diri sendiri malah malu untuk bangsa ku sendiri
Ubah la diri. Ini satu fasa yang ingin benar aku lalui sejak dulu lagi namun terhenti kerana hati,kerana semangat yang mudah luntur, kerana jiwa tidak kental menyongsang arus cabaran
Aku mahu jadi yang lebih baik. Bila disemat dalam hati hanya beberapa imej melayang di ruang minda.
1) ibu kesayangan. (HMN) *ku ambil pangkalnya sahaja*
2) abah (WHWI) *ku rindu sikap paranoidnya :)*
3) wajah semua ahli keluargaku.  4) Insan yang aku sayangi jiwa dan ku hayati dengan hatiku (MSMA)
Sekali lagi, malu meresap zaaapppp ke dalam diri.
Andai aku orang lama yang hidup sebelum zaman kemerdekaan, yang hanya makan ubi kayu untuk menghilangkan lapar, yang hidup dalam ketakutan setiap masa..Sudah pasti, aku tidak bertindak tanduk BEGINI

Selamat Menyambut Kemerdekaan 
Sudah 55 tahun
Namun ku sedar, minda ku masih di jajah. Umur ku hanya 18 tahun. Ku lihat juga insan yang lebih berumur turut dijajah. Insan yang baru mengenal dunia? Gamaknya, lebih teruk dijajah.
Sadis. Ku lemparkan rasa itu bila ku lihat refleksi diriku sendiri
:')




monthly archives