Air putih !
POSTED ON Tuesday, March 15 AT 20:55 \\
Saya mula menghargai air putih sekarang.
Bukan keputihan tapi air minuman.Okey lah air mineral,air masak.Tahu ?
Susah jugak jadi manusia yang urban kan ? Air putih pun keliru. 
"Bak sini air putih tu !" ujar pak long
"Mana?" balas si budak dengan muka menyakitkan hati
"Situ lah bangang !" pak long cakap sambil tunjuk-tunjuk atas meja.
"Lah,air mineral ke ? Saya ingatkan susu ke apa paklong.Cakaplah air mineral.Adoii"
"Kau tu bangang !!" paklong mendengus 

Dialog di atas tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang hendak dikatakan.Auta sesungguhnya haha
Mustahil la manusia-manusia yang hidup kat Malaysia dan mana-mana sahaja,pernah bercakap Bahasa Melayu tak tahu apa itu air putih.Teruk benar kalau tak tahu.

Air putih ! Banyak faedah ! I bet semua orang tahu apa khasiatnya.
Melancarkan peredaran darah,mencantikkan kulit,menghilangkan dahaga dan banyak lagi
Kita disarankan minum 8-10 gelas air putih setiap hari.
Tapi ...Kita minum ke tak ?
 Haha I believe ramai yang tak minum sampai 8 gelas.Paling banyak satu botol air mineral beli dekat kooperasi sekolah sahaja kan ?
Ala taknak lah mengumpat orang jauh-jauh.Kita cari contoh yang paling dekat.Kita sendiri !
Hah ? Taknak ek ? Okeylah..I lah jadi contoh ! Puas hati ?
Kenapa? Ada masalah ke ? Hah? Apa? 
Okey sudahlah..Aku terima nikahnya.Haha
(Balik ke bumi semula ye.Jangan over haha)

I sejujurnya ditambah hati yang luhur,nurani yang tulus tak suka sangat-sangat minum air putih
Sebab...
Tak sedap lah.Tak ada perisa macam Ribena,Pepsi,Sirap
Tak ada rasa.(Tasteless) Tak manis macam air gula haha
Tak ada warna.(Colourless)Tak menarik nak teguk !
Kenapa lah agaknya I cerewet sangat ? Buta dalam celik,pekak dalam dengar.

Air putih ni sebenarnya sedap jugak haha.Bila dah minum tiap-tiap hari tak ada lah jadi cerewet macam I.
Kesedaran datang apabila I ada masalah apabila urinating.
Causing the urine turns to red.Okeylah.. kencing berdarah.
Serius lah wei I takut.Nangis-nangis macam budak-budak.Nyaris-nyaris nak pengsan tengok darah
Lepas tu terus I minum air putih.
Tak lama lepas itu,it turns to colourless.
Terima kasih wahai Encik Air Putih sebab bersihkan urine I.haha
Berhutang urine dengan anda ! Haha :D 
(Okey sarkastik kau bila cakap macam ini.Loya mak kau)

p/s:entri ini mungkin tidak sesuai bagi anda yang mempunyai masalah dengan darah
untuk golongan ini,sila jangan take course medic.Sangat merbahaya.



monthly archives